Urus bahagian dalam senarai peringatan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan bahagian untuk menyusun senarai peringatan.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Nota: Apabila anda melihat senarai peringatan anda sebagai lajur, nama bahagian anda menjadi pengepala lajur.
Tambah bahagian ke senarai peringatan
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai peringatan dalam bar sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah bahagian: Klik butang Tambah Bahagian dalam bar alat.
Tambah bahagian dengan peringatan yang dipilih: Pilih satu atau lebih peringatan dalam senarai, kemudian pilih Fail > Bahagian Baharu dengan Pilihan.
Masukkan tajuk untuk bahagian baharu, kemudian tekan Return.
Tambah item ke senarai peringatan dengan bahagian
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai peringatan dalam bar sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah peringatan ke bahagian: Tambah peringatan di bahagian bawah bahagian.
Tambah peringatan lain (bukan dalam bahagian): Tambah peringatan di bahagian bawah senarai.
Namakan semula bahagian dalam senarai peringatan
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai peringatan dalam bar sisi.
Pilih nama bahagian, kemudian masukkan nama baharu.