Daftar masuk ke Akaun Apple anda
Daftar masuk ke Akaun Apple anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, Apple Books dan banyak lagi.
Anda boleh mendaftar masuk apabila anda menyediakan peranti Apple anda atau pada bila-bila masa:
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik Akaun Apple.
Pada Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik “Daftar masuk dengan Akaun Apple anda” dalam bar sisi.
Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda boleh mencipta satu.
Anda boleh melihat dan menukar maklumat Akaun Apple anda, termasuk nama anda, foto, maklumat hubungan, kata laluan, seting keselamatan, serta maklumat bayaran dan penghantaran.
Maklumat dan kandungan anda tersedia pada semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk ke Akaun Apple anda.