![](https://help.apple.com/assets/63FE309F7DC6CD48D329E336/63FE309F7DC6CD48D329E33D/ms_MY/8ca5aebba48318eecc07e5a6b9641293.png)
Tambah subtugas ke peringatan pada Mac
Inden peringatan untuk menukarkannya menjadi subtugas peringatan di atasnya.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
![Senarai peringatan menunjukkan peringatan yang disusun dalam subtugas.](https://help.apple.com/assets/63FE309F7DC6CD48D329E336/63FE309F7DC6CD48D329E33D/ms_MY/697ddd8e6c027d56b48eb5924a9a4306.png)
Dalam app Peringatan
pada Mac anda, pilih satu atau lebih peringatan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Seret peringatan itu ke atas peringatan yang lain.
Tekan Command-].
Pilih Edit > Inden Peringatan.
Nota: Anda tidak boleh mencipta subtugas dalam Senarai Pintar Hari Ini, Dijadualkan, atau Dibendera, atau dalam Senarai Pintar tersuai.
Untuk menukar subtugas menjadi peringatan biasa semula, pilih peringatan, kemudian pilih Edit > Outden Peringatan (atau tekan Command-[).
Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan subtugas peringatan dengan mengklik butang ( atau
) di sebelah kanan peringatan. Jika anda melengkapkan, memadam, atau mengalihkan peringatan induk, subtugasnya juga dilengkapkan, dipadam, atau dialihkan.