
Tambah filem atau klip dalam QuickTime Player pada Mac
Anda boleh menambah seluruh filem atau klip dari filem lain kepada filem anda.
Buka QuickTime Player untuk saya
Tambah seluruh filem
- Dalam app QuickTime Player  pada Mac anda, buka filem yang anda mahu ditambahkan, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Klip. pada Mac anda, buka filem yang anda mahu ditambahkan, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Klip.
- Lakukan satu daripada yang berikut: - Masukkan filem pada penghujung filem: Tanpa memilih apa-apa, pilih Edit > Tambah Klip di Penghujung. 
- Masukkan filem pada permulaan filem: Tanpa memilih apa-apa, tekan Pilihan, kemudian pilih Edit > Tambah Klip di Permulaan. 
- Masukkan filem di tempat lain dalam filem: Pilih klip, kemudian pilih Edit > Masukkan Klip Selepas Pilihan. 
 
- Cari filem yang anda mahu tambahkan kepada filem anda, kemudian klik "Pilih media." 
- Apabila anda sudah selesai, klik Selesai. 
Tambah klip baru
- Dalam app QuickTime Player  pada Mac anda, buka filem mengandungi klip yang anda mahu tambah. pada Mac anda, buka filem mengandungi klip yang anda mahu tambah.
- Pilih Paparan > Tunjukkan Klip. 
- Pilih klip, kemudian pilih Edit > Salin. - Klip yang dipilih digariskan dengan warna kuning. 
- Buka filem yang anda mahu tambahkan klip padanya, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Klip. 
- Pilih Edit > Tampal. - Klip muncul di awal filem. Seret klip untuk mengaturnya semula. 
- Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.