Dialog Buka Fail dalam app Pratonton, menunjukkan fail PDF dan imej sebagai ikon. Di bahagian bawah kanan ialah butang Batal dan Buka.

Bermula dengan Pratonton

Ketahui asas membuka, melihat dan bekerja dengan PDF serta Imej dalam Pratonton.

Cara bermula dengan Pratonton

PDF dalam tetingkap app Pratonton, yang menunjukkan alat tandatangan.

Isi dan tandatangan borang—tiada pencetak diperlukan

Anda boleh menggunakan Pratonton untuk mengisi borang PDF dan juga menambahkan tandatangan. Dengan Is Auto yang dipertingkatkan, anda boleh mengisi maklumat anda dengan satu klik.

Cara mengisi dan menandatangani borang PDF

Foto dalam app Pratonton dengan seseorang di latar depan dan latar belakang yang kosong.

Keluarkan latar belakang dari imej

Dalam app Pratonton, anda boleh mengklik butang Keluarkan Latar Belakang dalam bar alat untuk mengeluarkan latar belakang daripada imej secara serta-merta supaya orang atau objek di latar depan menonjol.

Cara mengeluarkan latar belakang

PDF yang dilindungi kata laluan menunjukkan ikon kunci dan medan teks untuk memasukkan kata laluan bagi membuka fail.

Lindungi dokumen sulit anda

Jika PDF mengandungi maklumat sensitif, anda boleh menyimpannya dengan selamat dengan menambah kata laluan.

Cara melindungi PDF dengan kata laluan

Pilihan Eksport dalam Pratonton.

Tukar imej kepada pelbagai jenis fail

Pratonton menyokong format fail ini: HEIC, JPEG, JPEG 2000, OpenEXR, PDF, PNG dan TIFF. Jika anda menerima imej yang anda tidak boleh buka dalam app pengeditan foto, anda mungkin boleh menukarnya menjadi jenis fail yang boleh anda gunakan.

Cara menukar imej

Untuk meneroka Panduan Pengguna Pratonton, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.