Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi imej atau PDF anda menggunakan Pratonton pada Mac
Anda boleh berkongsi salinan PDF atau imej melalui e-mel, Mesej dan Nota. Anda juga boleh kongsi dengan orang lain yang menggunakan AirDrop.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF atau imej yang anda mahu kongsi.
Klik butang Kongsi dalam bar alat, kemudian pilih cara yang anda mahukan untuk berkongsi PDF atau imej anda.
Jika AirDrop tidak disenaraikan, komputer anda tidak menyokongnya.