Tukar keutamaan Imej dalam Pratonton pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Imej dalam Pratonton untuk menukar sama ada pilihan fail dibuka dalam tetingkap individu atau satu tetingkap Pratonton. Anda juga boleh mengesetkan skala imej supaya satu piksel dalam dokumen bersamaan satu piksel skrin atau mengesetkan saiz imej pada skrin kepada saiz imej apabila dicetak.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Pratonton > Keutamaan, kemudian klik Imej.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Apabila membuka fail | Selepas anda memilih berbilang fail imej, anda boleh membuatkan Pratonton membukanya dalam tetingkap tunggal atau dalam tetingkap individu. Untuk melihat semua fail dalam satu tetingkap, klik “Buka semua fail dalam satu tetingkap”. Untuk melihat setiap fail dalam tetingkap berasingan, klik “Buka setiap fail dalam tetingkapnya sendiri”. Untuk membuka kumpulan jenis fail imej bersama dalam satu tetingkap, klik “Buka kumpulan fail dalam tetingkap yang sama”. | ||||||||||
Mentakrif skala 100% sebagai | Setkan cara imej muncul pada skrin atau apabila dicetak dengan mengesetkan pilihan penskalaan. Untuk memaparkan imej pada resolusi penuh satu piksel imej bersamaan satu piksel skrin, klik “1 piksel imej bersamaan 1 piksel skrin”. Untuk mengesetkan saiz cetakan imej kepada saiz yang muncul pada skrin, klik “Saiz pada skrin bersamaan saiz cetakan”. |