Buka PDF atau imej

Terdapat beberapa cara anda boleh membuka dokumen PDF dan fail imej (seperti fail PNG) dalam Pratonton.

  • Daripada desktop atau Finder: Dwiklik fail. Anda juga boleh memilih satu atau lebih fail, kemudian pilih Fail > Buka Dengan > Pratonton.

  • Daripada dalam Pratonton: Pilih Fail > Buka, cari dan pilih satu atau lebih fail, kemudian klik Buka. Jika anda bekerja pada fail baru-baru ini, anda boleh memilih Fail > Buka Terbaru, kemudian pilih fail.

  • Daripada iCloud: Klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian dwiklik fail untuk membukanya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang iCloud Drive, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan iCloud Drive.