Dengar podcast yang dikongsi dengan anda pada Mac
Apabila seseorang berkongsi podcast dengan anda menggunakan app Mesej , anda boleh mencarinya dengan mudah dalam Dikongsi dengan Anda dalam Podcast. (Podcast mestilah dipilih dalam seting Dikongsi dengan Anda dalam Mesej.)
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi.
Skrol ke bawah ke bahagian Dikongsi dengan Anda, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan episod: Tahan penuding di atas rancangan atau episod yang dikongsi dengan anda, kemudian klik .
Lihat butiran rancangan atau episod: Klik pautan tajuk di sebelah kanan rancangan atau episod.
Balas kepada pengirim dalam Mesej: Klik nama orang yang berkongsi rancangan atau episod.
App Mesej dibuka dan sedia untuk anda menaip balasan. Lihat Hantar balasan sebaris kepada mesej.
Salin pautan ke rancangan atau episod: Control-klik rancangan atau episod, kemudian pilih Salin Pautan.
Kongsi rancangan atau episod: Control-klik rancangan atau episod, kemudian pilih Kongsi.
Keluarkan rancangan atau episod daripada bahagian Dikongsi dengan Anda: Control-klik rancangan atau episod, kemudian pilih Keluarkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Podcast melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Podcasts & Privasi.