Import foto daripada pustaka lain dalam Foto pada Mac
Jika anda mengatur koleksi foto anda dalam pustaka individu, anda boleh mengimport foto daripada satu pustaka ke pustaka yang lain.
Jika app Foto pada Mac anda dibuka, pilih Foto > Keluar daripada Foto.
Untuk membuka semula Foto, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian klik ikon Foto dalam Dock.
Dalam dialog Pilih Pustaka, pilih pustaka yang anda mahu mengimport foto, kemudian klik Pilih Pustaka.
Pili Fail > Import, navigasi ke lokasi pustaka yang anda mahu mengimport, pilihnya, kemudian klik Semak untuk Import.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Import keseluruhan pustaka: Klik Import Semua Item Baharu.
Import foto dipilih: Pilih foto untuk import, kemudian klik Import Dipilih.
Jika dua pustaka mengandungi foto duplikasi, duplikasi kelihatan dalam pustaka yang anda importkan foto ke dalamnya.