Foto format RAW
Apabila anda mengambil foto dengan set kamera digital ke RAW, fail foto terhasil mengandungi semua maklumat yang dikumpul oleh pengesan kamera. (Imej disimpan sebagai JPEG atau TIFF tidak memasukkan semua maklumat itu.) Foto boleh mengakses semua data foto RAW, memberikan anda lebih fleksibiliti untuk melaraskan warna dan pendedahan.
Untuk mengedit atau mencetak foto format RAW, anda memerlukan app (seperti Foto) yang dapat menukar fail foto RAW tidak diproses ke format fail lain, seperti JPEG. Foto format RAW kadang-kadang dipanggil “negatif digital”—fail foto mengandungi semua maklumat diperlukan untuk mencipta imej, tetapi anda tidak boleh mengggunakan fail itu sendiri sebagai imej. Foto mengimport foto format RAW dan menyimpan semua datanya. Foto juga mencipta versi JPEG secara automatik, yang anda boleh edit atau cetak seperti anda dapat lakukan pada sebarang foto lain.