Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi foto dan video daripada Photo Booth pada Mac
Anda boleh kongsi foto dan video Photo Booth dengan rakan anda.
Dalam app Photo Booth pada Mac anda, pilih imej kecil foto atau video yang anda mahu berkongsi.
Klik butang Kongsi , kemudian pilih cara berkongsinya.
Mail: Masukkan foto atau video dalam e-mel baru.
Mesej: Masukkan foto atau video dalam mesej teks baru.
AirDrop: Photo Booth menyenaraikan oarang lain yang menggunakan AirDrop. Klik orang untuk berkongsi foto atau video bersama mereka. Jika AirDrop tidak disenaraikan, komputer anda tidak menyokongnya.
Nota: Masukkan foto atau video dalam nota baru.
Tambah ke Foto: Menambah foto atau video ke pustaka foto anda.
Peringatan: Masukkan foto atau video dalam peringatan baru.