Tolak percubaan daftar masuk yang tidak diketahui
Apabila anda mendaftar masuk pada peranti baharu, anda akan menerima pemberitahuan pada peranti dipercayai anda yang lain. Pemberitahuan termasuk peta lokasi peranti baharu. Pemberitahuan ini boleh kelihatan pada sebarang peranti yang dipercayai; iPhone, iPad atau Mac.
Ini ialah lokasi anggaran berdasarkan alamat IP atau rangkaian yang sedang digunakan oleh peranti, berbanding lokasi tepat peranti.
Jika anda melihat pemberitahuan yang Apple ID anda telah digunakan untuk mendaftar masuk pada peranti baharu dan anda tidak mendaftar masuk, ketik Jangan Benarkan untuk menyekat percubaan daftar masuk. Anda juga mungkin mahu menangkap gambar skrin pemberitahuan sebelum menutupnya.
Lihat Rakam aktiviti mencurigakan.
Jika anda merasakan Apple ID anda mungkin diceroboh, lihat Pastikan Apple ID anda selamat dan keluarkan peranti tidak dikenali.