Medan Carian Pintar

Medan carian di bahagian atas tetingkap Safari. Anda boleh menggunakan medan Carian Pintar sebagai medan alamat dan medan carian, serta sebagai cara mudah untuk pergi ke tapak web kegemaran anda.

Medan Carian Pintar, terletak di bahagian tengah bar alat Safari.

Berikut ialah beberapa cara menggunakan medan Carian Pintar:

  • Pergi ke tapak web: Masukkan nama atau URL tapak web.

  • Cari: Masukkan perkataan atau frasa. Semasa anda menaip, Cadangan Safari kelihatan. Anda sama ada boleh memilih cadangan atau menekan Return untuk melakukan carian penuh.

  • Pergi ke tapak web kegemaran: Klik medan, kemudian klik ikon tapak web yang anda mahu lawati.

  • Ulang carian: Padamkan semua teks daripada medan, klik kaca pembesar, kemudian pilih carian terbaharu.