rantai kunci

Akses Rantai Kunci menyimpan kata laluan untuk pelayan, app, tapak web dan banyak lagi agar anda tidak perlu mengingati kesemuanya. Apabila anda menyimpan kata laluan pada dokumen Pages dalam rantai kunci, anda tidak perlu menaipkan kata laluan setiap kali anda membuka dokumen.

Untuk maklumat lanjut tentang Akses Rantai kunci dan menggunakan rantai kunci, pilih Bantuan > Bantuan macOS daripada menu Finder di bahagian atas skrin anda, kemudian cari “rantai kunci”.