Bar sisi Komen & Perubahan

Bar sisi (atau anak tetingkap) di sebelah kiri tetingkap Pages yang menunjukkan komen dan perubahan dijejak dalam dokumen. Anda boleh menunjukkan atau menyembunyikan bar sisi dan menapis kandungannya melalui pelbagai cara.

Untuk membuka anak tetingkap Komen & Perubahan, klik butang menu Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Anak Tetingkap Komen & Perubahan (atau Tunjukkan Anak Tetingkap Komen jika perubahan tidak dijejak).

Jika Penjejakan Perubahan aktif, anda juga boleh klik butang Bar Sisi Tunjukkan Komen dan Perubahan di sebelah kiri bar alat semakan untuk menunjukkan atau menyembunyikan bar sisi.