paparan bacaan
Dalam paparan bacaan pada iPhone dan iPad, anda boleh melihat, menskrol dan berinteraksi dengan teks dan objek dalam dokumen tanpa mengalihkan objek atau membuka papan kekunci secara tidak sengaja. Paparan bacaan meminimumkan kawalan hanya kepada perkara yang anda perlu untuk melihat kandungan dan melaksanakan tugas asas. Anda boleh bertukar ke paparan pengeditan dengan cepat, kemudian bertukar kembali ke paparan bacaan.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk bertukar antara paparan bacaan dan paparan pengeditan:
Bertukar ke paparan pengeditan: Ketik di bahagian atas skrin.
Tukar daripada paparan pengeditan ke bacaan: Ketik di penjuru kanan atas skrin.