dokumen tataletak halaman
Dokumen tataletak halaman ialah seperti kanvas kosong yang anda tambahkan kotak teks, imej dan objek lain, kemudian menyusunnya pada halaman mengikut keinginan anda. Halaman baharu mesti ditambahkan secara manual. Dokumen tataletak halaman digunakan terutamanya untuk mencipta dokumen dengan rekaan tersuai, seperti surat berita atau poster.
Untuk melihat sama ada dokumen disediakan untuk tataletak halaman, klik Dokumen dalam bar alat. Jika terdapat tab Penanda Buku di bahagian atas bar sisi, ia ialah dokumen pemprosesan perkataan. Jika tidak, ia ialah dokumen tataletak halaman.