dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman
Anda boleh menggunakan Pages untuk mencipta dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman. Anda boleh menambah sebarang jenis kandungan (teks, grafik, carta dan seterusnya) ke kedua-duanya, tetapi terdapat perbezaan daripada segi cara anda bekerja dengan setiap jenis dokumen.
Pemprosesan perkataan: Digunakan terutamanya untuk mencipta dokumen yang mengandungi kebanyakannya teks, seperti laporan atau surat. Dokumen ini mempunyai teks isi tempat anda menaip dan teks mengalir daripada satu halaman ke seterusnya, dengan halaman baharu dicipta secara automatik apabila diperlukan. Anda juga boleh membahagikan ke dalam bahagian (contohnya, untuk bab buku atau segmen laporan) dan menambahkan kandungan selain daripada isi teks (untuk perkara seperti bar sisi atau kapsyen foto) dengan menambahkan kotak teks atau objek lain.
Tataletak halaman: Digunakan terutamanya untuk mencipta dokumen dengan lebih banyak reka bentuk tersuai, seperti surat berita atau poster. Dokumen tataletak halaman ialah seperti kanvas kosong yang anda tambahkan kotak teks, imej dan objek lain, kemudian menyusunnya pada halaman mengikut keinginan anda. Halaman baharu mesti ditambahkan secara manual.
Untuk melihat sama ada dokumen disediakan untuk pemprosesan perkataan, klik dalam bar alat, kemudian klik tab Dokumen. Jika kotak semak Isi Dokumen dipilih, ia ialah dokumen pemprosesan perkataan.