Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen Pages pada iPhone
Halaman bertentangan (juga dikenali sebagai hamparan dua halaman) selalu digunakan untuk tataletak buku dan juga dokumen dwimuka yang anda mahu cetak. Dokumen yang menggunakan halaman bertentangan boleh mempunyai pengepala, pengaki dan halaman induk berbeza pada halaman bertentangan kiri dan kanan.
Sebelum anda bermula, tentukan sama ada anda bekerja dalam dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman. Dokumen hanya salah satu atau selainnya dan anda menyediakan halaman bertentangan secara berbeza untuk setiap satu.
Sediakan halaman bertentangan
Ketik , kemudian ketik Persediaan Dokumen.
Ketik di penjuru kanan atas, kemudian aktifkan Halaman Bertentangan.
Untuk menggunakan pengepala dan pengaki berbeza untuk halaman bertentangan kiri dan kanan, lakukan satu daripada berikut:
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Ketik tab Bahagian, kemudian aktifkan “Kiri dan Kanan Berlainan”.
Dalam dokumen tataletak halaman: Aktifkan “Kiri dan Kanan Berlainan”.
Ketik untuk kembali ke Persediaan Dokumen.
Untuk mengesetkan margin, seret anak panah di pinggir atas, bawah, dalam dan luar isi dokumen.
Anda boleh menjadikan margin dalam lebih lebar daripada margin luar untuk memberikan ruang untuk menjilid.
Untuk mengesetkan jarak pengepala dan pengaki daripada pinggir atas dan bawah halaman, seret anak panah di bawah pengepala dan di bawah pengaki untuk melaraskan jarak.
Anda juga mungkin perlu menyeret anak panah supaya isi dokumen mendapat jarak yang anda mahu. Jika anda menghadapi masalah memilih anak panah, regangkan jari anda pada paparan untuk zum.
Ketik Selesai di penjuru kiri atas skrin untuk kembali ke dokumen.