Gunakan VoiceOver untuk mencipta dokumen Pages pada iPhone
Ada boleh mencipta dan mengedit dokumen Pages pada iPhone atau iPad anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin lanjutan yang membenarkan anda menggunakan peranti anda tanpa melihat skrin. Mula dengan templat yang telah direka bentuk yang menyertakan data, carta dan imej ruang letak, kemudian tambah kandungan anda sendiri. Setiap templat menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan untuk rupa bersepadu.
VoiceOver juga boleh mentafsir data daripada carta dalam dokumen anda dengan menyebut perihalan paksi, meringkaskan data dan alirannya, serta memainkan siri pic berbeza untuk mewakili nilai dalam carta dari kiri ke kanan.
Pilih templat
Anda boleh memilih templat daripada beberapa kategori, seperti surat, laporan dan buku. Contohnya, untuk mencipta risalah bagi mengiklankan peristiwa khas, anda mungkin memilih Poster Peristiwa Kecil dalam kategori Risalah & Poster. Anda pilih templat dalam pemilih templat.
Apabila anda mula-mula membuka Pages, pengurus dokumen terbuka. Leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar “Tambah butang,” kemudian dwiketik untuk membuka pemilih templat.
Buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Pengepala untuk menavigasi menerusi kategori templat, seperti Laporan dan Resume.
Nota: Anda mungkin perlu menskrol untuk mendengar semua kategori.
Leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar nama templat yang anda mahu, kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Tambah teks anda sendiri
Templat dokumen menyertakan teks ruang letak untuk tajuk, pengepala, teks isi dan elemen teks lain. Anda boleh menggantikan sebarang teks ruang letak dengan teks ruang letak anda sendiri dalam kanvas.
Dalam Pages pada iPhone, buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi ke kanvas.
Untuk menavigasi menerusi kandungan dalam kanvas, leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri atau kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar teks yang anda mahu edit (sebagai contoh, Pengepala atau Isi), kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Jika kumpulan teks mempunyai berbilang garis, gunakan seting Garis dalam rotor VoiceOver untuk menavigasi menerusi garis sebelum anda memilih teks.
Taip untuk menambahkan teks anda sendiri.
Nota: Jika anda mengedit pengepala atau pengaki, navigasi ke bar alat, kemudian dwiketik butang Selesai untuk kembali ke kanvas.
Jika anda mahu mengedit ruang letak teks lain, gunakan seting Garis dalam rotor VoiceOver untuk menavigasi padanya.
Gunakan VoiceOver untuk mentafsir data carta
Dalam iOS 15 atau lebih baharu, atau iPadOS 15 atau lebih baharu, VoiceOver boleh memberikan maklumat yang berguna tentang jenis carta tertentu dalam dokumen anda, termasuk maklumat paksi, bentuk data, nilai minimum, nilai maksimum dan banyak lagi. VoiceOver juga boleh memainkan siri pic berbeza untuk mewakili nilai dalam carta dari kiri ke kanan.
Pilih carta dalam dokumen anda yang anda mahu dapatkan lebih banyak maklumat.
Leret ke kiri atau ke kanan untuk memilih sebarang titik data dalam carta.
Buka rotor VoiceOver, kemudian pilih seting Graf Audio.
Leret ke atas atau bawah untuk memilih mana-mana daripada berikut:
Terangkan carta: Menyenaraikan nama setiap paksi dan menyenaraikan bilangan siri.
Butiran carta: Membuka paparan boleh diakses carta yang memberi akses kepada graf audio, ringkasan, statistik dan banyak lagi.
Mainkan graf audio: Mainkan siri nada yang mewakili nilai dalam carta, daripada kiri ke kanan, menggunakan nada yang berbeza. Lebih tinggi nilai, lebih tinggi nada.