pilih teks
Untuk memilih teks, lakukan mana-mana daripada berikut semasa melihat dokumen dalam paparan pengeditan:
Pilih perkataan: Dwiketik padanya.
Pilih perenggan: Ketik tiga kali dalam perenggan.
Pilih item dalam senarai: Ketik bulet, nombor, atau hurufnya.
Pilih julat teks: Dwiketik perkataan, kemudian alihkan titik cekup untuk menyertakan lebih atau kurang teks. Seret melebihi hujung perenggan untuk menyertakan sebarang tanda pemformatan (dipanggil tidak kelihatan).
Anda boleh memilih julat teks hanya dalam kawasan sama dengan dokumen anda—sebagai contoh, dalam isi dokumen atau dalam kotak teks, bentuk atau sel jadual tunggal.
Untuk nyahpilih semua pilihan teks, ketik di mana-mana pada halaman di luar pilihan.