objek sebaris
Objek sebaris ialah objek yang diletakkan dalam aliran teks, supaya ia berada pada baris yang sama dengan teks dan beralih bersama teks semasa anda menaip. Anda boleh mengesetkan objek untuk kelihatan sebaris dalam isi dokumen, atau jika anda menampal objek dalam kotak teks, bentuk, pengepala, pengaki, nota kaki atau sel jadual, objek yang ditampal kelihatan sebaris dengan sebarang teks dalam objek luar (induk) secara automatik.
Nota: Jadual, carta dan lukisan boleh diletakkan sebaris dalam teks isi dokumen pemprosesan perkataan sahaja (bukan dalam kotak teks dan bentuk).