Cipta dan gunakan templat halaman dalam Pages pada iPad
Setiap halaman dalam dokumen tataletak halaman dipautkan ke templat halaman. Apabila anda menambah halaman baru ke dokumen, anda memilih templat halaman, kemudian anda boleh menambah kandungan anda sendiri dan mengeditnya dengan cara lain. Selain templat halaman kosong, banyak templat buku juga disertakan dengan templat halaman yang telah direka bentuk yang anda boleh edit. Perubahan yang anda buat dalam dokumen anda tidak mempengaruhi templat halaman.
Dalam paparan Edit Templat Halaman, anda boleh mencipta dan mereka bentuk templat halaman baru dan mengubah suai templat halaman sedia ada.
Tambah templat halaman baru
Untuk mencipta templat halaman baru, anda duplikasikan templat halaman sedia ada, namakannya, kemudian ubah suainya. Sebarang halaman yang dipautkan kepada templat halaman asal tidak dipengaruhi.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik imej kecil lagi, kemudian ketik Edit Templat Halaman.
Ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik templat halaman yang anda mahu gunakan sebagai titik permulaan.
Taipkan nama untuk templat halaman baru, kemudian ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Ubah suai halaman dengan menambah, memadam atau mengedit teks, ruang letak, imej, bentuk dan objek lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Edit templat halaman di bawah.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Edit templat halaman
Apabila anda mengedit templat halaman, sebarang perubahan anda buat digunakan pada semua halaman yang menggunakan templat halaman itu.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika templat halaman digunakan dalam dokumen: Ketik imej kecil halaman yang menggunakan templat halaman yang anda mahu edit, ketiknya lagi, kemudian ketik Edit Templat Halaman.
Jika templat halaman belum digunakan dalam dokumen: Ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik templat halaman yang anda mahu edit. Ketik imej kecilnya, kemudian ketik Edit Templat Halaman.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Namakan semula: Ketik imej kecil templat halaman, ketik Namakan Semula, kemudian taipkan nama baru. Ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Ubah suai unsur reka bentuk sedia ada: Keluarkan sebarang unsur reka bentuk pada halaman, atau pilih objek, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk mengedit. Untuk mengetahui cara menukar latar belakang templat halaman, lihat Tukar latar belakang halaman.
Tambah imej: Untuk menambah imej ruang letak, ketik , kemudian ketik . Sebarang imej yang anda tambahkan pada ruang letak dalam dokumen anda mempunyai saiz dan peletakan yang sama pada halaman seperti imej ruang letak.
Tambah kotak teks: Untuk menambah kotak teks ruang letak, ketik , ketik , kemudian ketik kategori Asas, kemudian ketik Teks. Pilih kotak teks baru, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk menggayakannya: tambah jidar, pilih saiz dan fon untuk teks dan seterusnya. Sebarang teks yang anda taip dalam kotak teks dalam dokumen anda mempunyai gaya sama yang anda gunakan pada kotak teks ruang letak.
Setkan cara pengepala dan pengaki muncul pada halaman: Dengan tiada pilihan dipilih pada templat halaman, ketik , kemudian nyahaktifkan atau aktifkan Tunjukkan Pengepala & Pengaki. Jika anda tidak mahu pengepala atau pengaki dipadankan dengan perkara pada halaman sebelumnya, nyahaktifkan Padankan dengan Halaman Sebelumnya. Ketik di luar kawalan untuk menutupnya.
Jika anda tidak melihat kawalan ini, atau jika ia dimalapkan, mula-mula aktifkan pengepala dan pengaki untuk dokumen dan semak seting untuk halaman sebelumnya.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Namakan semula templat halaman
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik imej kecil lagi, kemudian ketik Edit Templat Halaman.
Jika ia belum dipilih, ketik imej kecil templat halaman yang anda mahu namakan semula.
Ketik imej kecil lagi, ketik Namakan Semula, kemudian taipkan nama baru.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin, kemudian ketik Selesai untuk kembali ke dokumen.
Tag objek untuk memudahkan pertukaran templat halaman
Anda boleh tag item ruang letak (imej dan kotak teks) pada templat halaman untuk memudahkan anda untuk bertukar templat halaman dalam dokumen anda. Tag “memberitahu” kandungan tempat untuk pergi apabila anda menukar templat halaman bagi halaman. Sebagai contoh, imej yang berada dalam ruang letak dengan tag “media” berpindah ke dalam ruang letak dalam templat halaman baru yang juga mempunyai tag “media” secara automatik.
Jika anda mencipta templat halaman baru dalam templat buku dengan templat halaman direka bentuk, semak templat halaman lain untuk melihat tag yang ia telah gunakan, kemudian gunakan tag yang sama, atau gantikannya dengan tag anda sendiri.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik , kemudian ketik Edit Templat Halaman.
Paparan Edit Templat Halaman terbuka dengan imej kecil templat halaman di sebelah kiri.
Ketik imej kecil templat halaman yang anda mahu tag, kemudian ketik objek.
Ketik , kemudian ketik tab Gaya.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Tag dan taipkan tag.
Apabila anda selesai tag objek, ketik Selesai.
Gunakan templat halaman berlainan
Anda boleh menggunakan templat halaman berlainan ke sebarang halaman dalam dokumen anda. Lihat Tag objek untuk memudahkan pertukaran templat halaman di atas untuk mengetahui cara tag kotak teks dan objek lain bagi membuatkan pertukaran berlaku dengan lancar.
Ketik di mana-mana dalam tempat kosong pada halaman (jadi tiada pilihan dipilih pada halaman), atau ketik imej kecil dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik , kemudian ketik Templat Halaman.
Jika anda tidak nampak Templat Halaman, pastikan tiada pilihan pada halaman dipilih dan cuba lagi.
Ketik templat halaman yang anda mahu gunakan.
Laraskan kandungan pada halaman mengikut keperluan untuk memenuhi tataletak yang baru.
Gunakan semula templat halaman
Jika anda membuat perubahan pada format halaman dan kemudian mahu menggunakan pemformatan asal templat halamannya, anda boleh menggunakan semula templat halaman. Menggunakan semula templat halaman tidak akan memadamkan kandungan anda.
Ketik dan aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik imej kecil halaman yang anda mahu tukar, kemudian ketik Gunakan Semula Templat Halaman.
Buat sebarang pelarasan yang diperlukan ke kandungan halaman.
Padam templat halaman
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik , kemudian ketik Edit Templat Halaman.
Jika anda tidak nampak Edit Templat Halaman, pastikan tiada pilihan pada halaman dipilih.
Dalam paparan Edit Templat Halaman, ketik imej kecil templat halaman yang anda mahu padamkan, ketiknya lagi, kemudian ketik Padam.
Jika halaman dalam dokumen dipautkan ke templat halaman ini, dialog kelihatan. Pilih templat halaman baru untuk halaman tersebut, kemudian ketik Pilih.
Ketik Selesai di penjuru kanan atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Petua: Apabila anda menyalin halaman antara dokumen, sebarang templat halaman yang digunakan oleh halaman disalin juga disertakan.