bar sisi
Tetingkap Pages mempunyai bar sisi di sebelah kiri dan kanan dokumen. Untuk melihatnya, lakukan mana-mana daripada berikut:
Klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Imej Kecil Halaman, Senarai Kandungan, atau Tunjukkan Anak Tetingkap Komen.
Klik Format dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan pemformatan untuk apa-apa sahaja yang dipilih dalam dokumen, seperti teks, bentuk atau carta.
Klik Dokumen dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk memformat dokumen—setkan orientasi dan saiz halaman, setkan margin dokumen, serta setkan kedudukan pengepala dan pengaki.
Nota: Jika bar sisi di sebelah kanan terbuka dan anda klik butang dalam bar alat untuk kawalan aktif, bar sisi ditutup. Sebagai contoh, jika butang Format dipilih (dengan kawalan Format dalam bar sisi) dan anda klik , keseluruhan bar sisi ditutup. Mengklik mengekalkan bar sisi terbuka dan bertukar kepada kawalan Dokumen.