Tambah persamaan matematik dalam Pages pada iPad
Anda boleh memasukkan ungkapan dan persamaan matematik dalam dokumen anda. Untuk menambah persamaan, anda mengarangnya dalam dialog persamaan Pages menggunakan perintah LaTeX atau elemen MathML, kemudian masukkannya dalam dokumen anda.
Apabila anda menambah persamaan dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh memilih untuk meletakkannya sebaris dengan teks, supaya ia terletak pada garis yang sama dan beralih dengan teks semasa anda menaip, atau letakkannya sebagai objek terapung supaya anda boleh menempatkannya di mana-mana. Dalam dokumen tataletak halaman, persamaan baharu sentiasa ditambah sebagai objek terapung pada halaman.
Dalam dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, anda boleh menambah persamaan sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk.
Tambahkan persamaan dengan LaTeX atau MathML
Lakukan salah satu daripada berikut:
Letakkan persamaan sebaris dengan teks: Letakkan titik sisipan dalam sesetengah teks, kotak teks atau bentuk, atau sel jadual, atau pilih teks yang anda mahu persamaan gantikan.
Letakkan persamaan supaya ia boleh digerakkan dengan bebas: Ketik penjuru halaman untuk memastikan tiada yang dipilih. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Letakkan persamaan dalam pengepala atau pengaki halaman: Ketik penjuru halaman (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik . Ketik tab Dokumen, ketik Persediaan Dokumen, kemudian ketik dalam pengepala atau pengaki.
Ketik , ketik , kemudian ketik Persamaan.
Masukkan persamaan LaTeX atau MathML menggunakan papan kekunci dan simbol matematik di atas papan kekunci.
Pada iPad, sesetengah kekunci mempunyai berbilang aksara di bahagian atas. Untuk menaip satu daripada aksara tersebut, sentuh dan tahan kekunci, kemudian leret ke kiri atau kanan secara pepenjuru. Sebagai contoh, untuk memasukkan tanda kurung kiri, sentuh dan tahan kekunci H, kemudian leret ke bawah dan ke kanan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan arahan LaTeX atau unsur dan atribut MathML yang disokong, lihat artikel Sokongan Apple Perihal sokongan LaTeX dan MathML.
Ketik Masukkan.
Jika anda menambah persamaan sebaris, ia kelihatan pada titik sisipan (atau menggantikan teks yang dipilih). Persamaan sama saiz dan warna dengan teks di sekelilingnya. Jika anda menukar saiz dan warna teks di sekeliling, saiz dan warna persamaan juga bertukar.
Jika anda menambah persamaan pada halaman, ia kelihatan di tengah skrin dan mempunyai saiz dan warna lalai yang anda boleh tukar dengan mengetik . Anda juga boleh menyeret pemegang pada persamaan dipilih untuk menukar saiz fonnya. Seret persamaan untuk menempatkannya semula pada halaman.
Edit, padam atau alihkan persamaan sebaris dengan LaTeX atau MathML
Selepas anda menambah persamaan sebaris dengan teks, anda boleh mengubah suainya.
Edit persamaan: Jika persamaan dalam teks isi atau sel jadual, dwiklik persamaan, buat perubahan anda, kemudian ketik Kemas Kini.
Jika persamaan dalam pengepala atau pengaki, ketik penjuru halaman (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik . Ketik tab Dokumen, ketik Persediaan Dokumen, kemudian dwiketik persamaan.
Alihkan persamaan sebaris dalam teks: Pilih persamaan dan seretnya ke kedudukan baharu. Persamaan dalam pengepala atau pengaki boleh dialihkan dalam pengepala atau pengaki apabila dokumen anda berada dalam paparan Persediaan Dokumen. Anda juga boleh menyeret persamaan ke kotak teks atau bentuk lain.
Tukar saiz, warna atau penjajaran persamaan: Ketik persamaan, ketik , kemudian laraskan kawalan untuk menukar saiz dan warna persamaan.
Salin persamaan: Ketik persamaan, ketik Salin, letakkan titik sisipan di tempat anda mahu tampalkan persamaan—dalam dalam sel jadual atau dalam pengepala atau pengaki halaman—kemudian ketik Tampal. Anda juga boleh memilih objek pada halaman (seperti bentuk), kemudian ketik Tampal untuk menampal persamaan sebagai objek terapung secara bebas pada halaman.
Padam persamaan: Pilih persamaan, kemudian ketik Padam.
Edit, padam, atau gerakkan persamaan terapung dengan LaTeX atau MathML
Selepas anda menambah persamaan terapung pada halaman, anda boleh mengubah suainya.
Edit persamaan: Dwiketik persamaan, buat perubahan anda, kemudian ketik Kemas Kini.
Alihkan persamaan: Seretnya ke lokasi baharu pada halaman.
Tukar saiz, warna atau penjajaran persamaan: Ketik , kemudian laraskan kawalan dalam tab Gaya atau Susun. Anda juga boleh menyeret pemegang pada persamaan dipilih untuk menukar saiz fonnya.
Salin persamaan: Ketik persamaan, ketik Salin, skrol ke halaman di tempat yang anda mahu letakkan persamaan, kemudian ketik Tampal. Anda juga boleh meletakkan titik sisipan dalam sel jadual atau pengepala atau pengaki halaman, kemudian ketik Tampal untuk menampal persamaan sebagai objek sebaris.
Padam persamaan: Pilih persamaan, kemudian ketik Padam.
Gerakkan persamaan terapung sebaris dengan teks: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, ketik persamaan, ketik , ketik tab Susun, kemudian ketik Alihkan dengan Teks. Pilih Sebaris dengan Teks dalam bahagian Balut Teks, kemudian seret persamaan ke lokasi akhirnya.
Dalam dokumen tataletak halaman, potong dan tampal persamaan terapung ke dalam kotak teks atau bentuk. Lihat Letakkan objek sebaris dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.