titik sisipan

Titik sisipan ialah garis menegak atau I-beam berkelip dalam teks yang menunjukkan tempat aksara seterusnya yang anda taip akan muncul.

Untuk meletakkan titik sisipan dalam teks, lakukan satu daripada berikut:

  • Dalam sel jadual: Klik sel untuk memilihnya, kemudian klik tempat yang anda mahu mula menaip.

  • Dalam kotak teks: Klik kotak teks. Jika objek telah mengandungi teks, klik sekali untuk memilih objek, kemudian klik lagi dalam teks pada tempat yang anda mahu letakkan titik sisipan.

  • Dalam bentuk: Dwiklik bentuk. Jika objek mengandungi teks, perkataan dipilih, klik lagi tempat anda mahu letakkan titik sisipan.

Selepas anda meletakkan titik sisipan, anda boleh menggunakan kekunci anak panah untuk mengalihkannya.