daftar masuk dengan Apple ID

Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, Apple Books dan banyak lagi.

Anda boleh mendaftar masuk apabila anda menyediakan Mac anda, atau lakukan salah satu daripada berikut:

  • macOS Ventura 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Daftar Masuk, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda.

  • macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Daftar Masuk, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda.

Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.

Anda boleh melihat dan menukar maklumat Apple ID anda, termasuk nama anda, foto, maklumat hubungan, kata laluan, seting keselamatan, serta maklumat bayaran dan penghantaran.

Maklumat dan kandungan anda tersedia pada semua peranti anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.