bar sisi
Bar sisi adalah kawasan di sebelah kanan hamparan anda yang menunjukkan pemeriksa Format atau kawalan Atur.
Format: Klik dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan pemformatan untuk apa-apa sahaja yang dipilih dalam hamparan, seperti jadual, carta, teks atau bentuk. Klik tab di bahagian atas bar sisi untuk melihat lebih banyak kawalan.
Atur: Klik Atur dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk mencipta peraturan mengisih, penapisan dan kategori untuk hamparan.
Jika bar sisi di sebelah kanan terbuka dan anda klik butang dalam bar alat untuk kawalan aktif, bar sisi ditutup. Sebagai contoh, jika butang Format dipilih (dengan kawalan Format dalam bar sisi) dan anda klik , keseluruhan bar sisi ditutup. Mengklik mengekalkan bar sisi terbuka dan bertukar kepada kawalan Atur.