Hab Kandungan
Hab Kandungan ialah pustaka untuk beribu-ribu foto, ilustrasi, grafik, bentuk diurus Apple dan banyak lagi yang anda boleh tambah ke hamparan anda.
Untuk mengakses Hab Kandungan, klik
dalam bar alat, kemudian klik kategori objek di bahagian atas dialog.
Sesiapa sahaja boleh menggunakan imej Hab Kandungan premium, tetapi anda perlu melanggan Apple Creator Studio untuk mengeluarkan tera air daripada imej. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Apple Creator Studio atau halaman web Apple Creator Studio.