Apple ID

Akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store dan iCloud. Ia termasuklah alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk serta semua butiran kenalan, bayaran dan keselamatan yang anda gunakan merentas perkhidmatan Apple.

Jika anda terlupa Apple ID yang anda gunakan dengan iCloud, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Pada iPhone atau iPad anda: Ketik Seting > [nama anda]. Apple ID anda muncul di bawah nama anda.

  • Pada Mac anda: Dengan macOS Catalina 10.15 atau lebih baru, pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID (di sebelah kanan nama anda). Dengan macOS Mojave 10.14 atau lebih awal, pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud. Apple ID anda muncul di bawah nama anda.

  • Pada komputer Windows: Dalam Windows 7 atau lebih baru, klik app iCloud atau jubin pada skrin Mula, atau pilih iCloud daripada menu Mula. Apple ID anda muncul di bawah nama anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Apple ID anda, lawati tapak web Apple ID.