objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk menambah objek ke helaian, klik satu daripada butang objek dalam bar alat.

Bar alat Numbers dengan butang Jadual, Carta, Teks, Bentuk dan Media.

Secara lalai, objek terapung secara bebas, jadi anda boleh menempatkannya di mana-mana pada halaman, atau lapiskannya dengan teks atau objek lain. Apabila objek dipilih, kawalan pemformatan untuknya kelihatan dalam bar sisi Format di bahagian kanan helaian. Anda boleh menambah kandungan ke objek dan mengubah suai rupanya.

Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk, supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.