Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Pengenalan kepada Numbers pada iPhone
Numbers memudahkan anda mencipta hamparan yang teratur dan kelihatan profesional. Anda mulakan dengan templat, kemudian ubah suai templat mengikut pilihan anda. Templat direka bentuk untuk tujuan tertentu—seperti belanjawan dan senarai semak—untuk memberikan anda titik mula yang hebat untuk kerja anda. Setiap templat disediakan dengan gaya yang sedia direka bentuk untuk teks, jadual, bentuk dan objek lain yang kelihatan cantik bersama, supaya mudah untuk memberikan hamparan anda rupa yang diselaraskan.
Selepas anda membuka templat, anda boleh menambah nombor, formula, tarikh dan teks anda sendiri ke sebarang jadual; menggantikan atau memadam carta dan grafik; dan menambah jadual, carta baharu dan banyak lagi.
Apabila anda memilih objek (imej, bentuk, carta, jadual atau sel), kemudian ketik , anda akan melihat kawalan pemformatan untuk jenis objek yang anda pilih.
Anda boleh menukar rupa objek yang dipilih dengan cepat dengan mengetik gaya bagi menggunakannya. Anda juga boleh leret ke atas dari bawah kawalan pemformatan untuk melihat pilihan lanjut untuk mengubah suai objek.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 13.0 pada iPhone anda. (Untuk melihat versi Numbers yang anda miliki, pergi ke Seting > Numbers.)
Untuk meneroka panduan pengguna Numbers, ketik salah satu pautan “Tengok juga” di bawah, ketik butang Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).