Lajur sumber ialah lajur yang Numbers gunakan untuk mencipta kategori dalam jadual. Contohnya, jika syarikat anda menjejak jualan baju, anda mungkin memilih untuk menyusun data anda mengikut tarikh jualan. Lajur Sale Date dalam jadual ialah lajur sumber.