daftar masuk dengan Apple ID
Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, Apple Books dan banyak lagi.
Anda boleh mendaftar masuk semasa persediaan atau pergi ke Seting , ketik Daftar masuk ke iPhone atau iPad anda, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Anda boleh melihat dan menukar maklumat Apple ID anda, termasuk nama anda, foto, maklumat hubungan, kata laluan, seting keselamatan, serta maklumat bayaran dan penghantaran.
Maklumat dan kandungan anda tersedia pada semua peranti anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.