menu tindakan
Menu tindakan termasuk pilihan untuk tugasan cepat yang anda boleh laksanakan pada jadual, baris, lajur atau sel dipilih. Butang menu tindakan kelihatan di bahagian bawah skrin apabila anda memilih jadual (), baris (), lajur () atau sel (). Ketik butang untuk membuka menu; pilihan dalam menu bertukar bergantung kepada perkara yang dipilih.
Jika papan kekunci terbuka, anda boleh mengetik di penjuru atas kanan untuk membuka menu tindakan.
Nota: Jika anda menerima hamparan daripada seseorang dan tidak melihat menu tindakan, hamparan mungkin dalam paparan bacaan. Ketik di bahagian atas skrin untuk keluar daripada paparan bacaan.