objek
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta.
Untuk menambahkan objek ke helaian, ketik dalam bar alat, ketik satu daripada butang objek di bahagian atas menu, kemudian pilih objek.

Selepas anda menambah objek, anda boleh menyeretnya ke tempat anda mahunya berada pada helaian, tambah kandungan padanya dan ubah suai rupanya.
Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk, supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.