objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta.

Untuk memasukkan objek pada helaian, ketik butang Masukkan dalam bar alat, kemudian ketik satu daripada butang objek.

Kawalan untuk menambah objek, dengan butang di bahagian atas untuk memilih jadual, carta, bentuk (termasuk garis dan kotak teks) serta media.

Selepas anda menambah objek, anda boleh menyeretnya ke tempat anda mahunya berada pada helaian, tambah kandungan padanya dan ubah suai rupanya.

Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk, supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.