pilih teks

Untuk memilih teks, lakukan mana-mana daripada berikut semasa melihat hamparan dalam paparan pengeditan:

  • Pilih perkataan: Dwiketik padanya.

  • Pilih perenggan: Ketik tiga kali dalam perenggan.

  • Pilih item dalam senarai: Ketik bulet, nombor, atau hurufnya.

  • Pilih julat teks: Dwiketik perkataan, kemudian alihkan titik cekup untuk menyertakan lebih atau kurang teks.

  • Pilih teks tidak berdampingan: Tekan dan tahan kekunci Command pada papan kekunci bersambung sementara memilih dua atau lebih perkataan tidak bersebelahan atau julat teks menggunakan trackpad atau tetikus.

    Untuk menyahpilih sebahagian daripada mana-mana pilihan tidak berdampingan, tekan dan tahan kekunci Command, kemudian pilih teks yang anda mahu keluarkan.

Pada iPad, anda juga boleh menyeret dua jari merentas papan kekunci untuk mengalihkan titik sisipan, kemudian ketik sekali pada papan kekunci untuk memilih perkataan dan dua kali untuk memilih perenggan.

Anda boleh memilih julat teks bersambung atau berbilang pilihan tidak berdampingan hanya dalam kawasan sama dengan helaian—sebagai contoh, dalam kotak teks, bentuk atau sel jadual tunggal.

Untuk nyahpilih semua pilihan teks, klik di mana-mana pada helaian di luar pilihan.