pemilih templat

Pemilih templat menunjukkan imej kecil templat yang boleh anda gunakan untuk mencipta hamparan baharu. Untuk membuka pemilih tema, pergi ke app Numbers dan ketik Pilih Tema. Leret merentas templat untuk melihat lebih banyak lagi, atau ketik kategori di bahagian atas skrin untuk melayari mengikut kategori. Ketik templat untuk membukanya.

Pemilih templat menunjukkan baris kategori merentas bahagian atas yang anda boleh ketik untuk menapis pilihan. Di bawah ialah imej kecil templat yang diprareka bentuk disusun dalam baris mengikut kategori, bermula dengan Terbaru di bahagian atas dan diikuti oleh Asas dan Kewangan Peribadi. Butang Lihat Semua kelihatan di atas dan di sebelah kanan setiap baris kategori.