pilih berbilang objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk memilih berbilang objek, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Sentuh dan tahan satu objek pada skrin, kemudian ketik objek lain dengan jari lain. Gunakan kedua-dua tangan jika ia lebih mudah.

  • Sentuh dan tahan kawasan kosong pada skrin, kemudian seret kotak yang muncul di sekeliling objek yang anda mahu pilih.

  • Ketik salah satu objek yang anda mahu pilih, ketik Pilih Objek, kemudian ketik objek lain, atau sentuh dan tahan skrin serta seret kotak yang kelihatan di sekeliling objek yang anda mahu pilih. Untuk memilih semua objek pada helaian, ketik Pilih Semua. Apabila anda selesai memilih, ketik Selesai.

  • Jika iPadOS telah dipasang pada iPad anda dan anda menggunakan papan kekunci Bluetooth, tahan Shift atau Command, kemudian pilih berbilang objek.

Nota: Jika anda bekerja dengan objek sebaris, anda hanya boleh memilih dan mengedit satu objek pada satu masa.