objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk memasukkan objek pada helaian, ketik butang Masukkan dalam bar alat, kemudian ketik satu daripada butang objek.

Selepas anda menambah objek, anda boleh menyeretnya ke tempat anda mahunya berada pada helaian, tambah kandungan padanya dan ubah suai rupanya.

Anda juga boleh meletakkan sesetengah objek (bentuk, kotak teks, imej, video, persamaan dan galeri imej) sebaris dengan teks di dalam bentuk atau kotak teks supaya objek bergerak bersama teks semasa anda menaip.