Apple ID Terurus

Seperti sebarang Apple ID, Apple ID Terurus digunakan untuk mendaftar masuk ke peranti peribadi atau dikongsi. Ia juga digunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple—termasuk iCloud, kursus iTunes U dan kerjasama dengan iWork dan Nota—serta Apple School Manager atau Apple Business Manager. Tidak seperti Apple ID, Apple ID Terurus dimiliki dan diurus oleh sekolah atau daerah anda dan direka untuk memenuhi keperluan institusi pendidikan—termasuk mereset kod laluan, pengehadan komunikasi dan pentadbiran berasaskan peranan.