Aktifkan Siri
Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk menggunakan Siri.
Untuk mengaktifkan Siri pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tekan dan tahan jika tersedia dalam baris kekunci fungsi; jika tidak, gunakan pintasan papan kekunci seperti yang ditentukan dalam seting Siri & Spotlight.
Klik Siri dalam bar menu. Jika tidak ditunjukkan, anda boleh menambahnya menggunakan seting Pusat Kawalan.
Ketik Siri dalam Touch Bar (jika Mac anda mempunyai Touch Bar).
Sebut “Hai Siri” atau “Siri” (jika pilihan ini tersedia dan diaktifkan dalam seting Siri & Spotlight). Untuk menyemak sama ada “Hai Siri” atau “Siri” tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada semua peranti Apple anda.