pilih item

Untuk memilih satu atau lebih item—seperti kenalan, e-mel, fail, folder, atau foto—lakukan mana-mana yang berikut:

  • Pilih item: Gerakkan penuding ke item, kemudian kliknya.

  • Pilih item berbilang: Tahan kekunci Command, kemudian klik item.

  • Pilih berbilang item yang bersebelahan antara satu sama lain: Klik item pertama yang anda mahu pilih, tahan kekunci Shift, kemudian klik item terakhir.

    Anda juga boleh klik berdekatan item pertama, tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret ke atas semua item.