iTunes Match

Langganan tahunan yang membenarkan anda mengakses semua muzik anda—walaupun lagu yang diimport dari sumber lain dan tidak dibeli dalam iTunes Store—dan menyediakannya pada sehingga 10 komputer dan peranti anda.

Untuk menggunakan iTunes Match, anda perlu mengaktifkan Selaraskan Pustaka pada semua komputer dan peranti di tempat anda mahu menggunakannya. Jika anda melanggan Apple Music, anda tidak perlu melanggan iTunes Match kecuali jika anda masih mahu mengakses muzik anda pada Apple TV (generasi kedua atau ketiga).

Lihat artikel Sokongan Apple Langgan iTunes Match.