Aktifkan Siri

Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk menggunakan Siri.

Untuk mengaktifkan Siri pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Tekan dan tahan kekunci Mikrofon jika tersedia dalam baris kekunci fungsi; jika tidak, gunakan pintasan papan kekunci seperti yang ditentukan dalam seting Siri & Spotlight.

  • Klik Siri dalam bar menu. Jika tidak ditunjukkan, anda boleh menambahnya menggunakan seting Pusat Kawalan.

  • Ketik Siri dalam Touch Bar (jika Mac anda mempunyai Touch Bar).

  • Sebut “Hai Siri” (jika didayakan dalam seting Siri & Spotlight; pilihan ini hanya tersedia apabila disokong oleh Mac, paparan atau fon kepala anda).

    Untuk mengesahkan bahawa anda boleh menggunakan “Hai Siri” pada peranti anda, lihat artikel Sokongan Apple Peranti yang menyokong “Hai Siri”.