AutoMix
AutoMix mengalihkan lagu ke lagu seterusnya dengan lancar, seperti DJ. AutoMix berfungsi dengan muzik daripada katalog Apple Music pada iPhone, iPad, Mac dengan Apple silicon dan Apple Vision Pro, dengan iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe, visionOS 26 atau lebih baharu.
AutoMix memilih transisi terbaik secara automatik, bergantung pada muzik. Sebagai contoh, AutoMix mungkin mengeluarkan kesenyapan pada permulaan dan penghujung trek atau melaksanakan pudar silang mudah, berbanding peralihan yang lebih rumit, apabila sesuai.
Nota: Album dan sesetengah genre dimainkan tanpa transisi.
AutoMix aktif secara lalai. Anda boleh menyahaktifkannya dalam baris gilir atau dalam Seting.