![](https://help.apple.com/assets/5F0661E2094622667A01B547/5F0661FA094622667A01B54F/ms_MY/fe9efa2e670f770a12833f801b8b4387.png)
Panduan Pengguna Mesej
untuk macOS Catalina
![Hasil carian Peta untuk perniagaan yang menggunakan Bual Perniagaan dan perbualan yang terhasil dalam tetingkap Mesej.](https://help.apple.com/assets/5F0661E2094622667A01B547/5F0661FA094622667A01B54F/ms_MY/ba8c6951af23d6b19a28333a6015cd61.png)
Bual dengan perniagaan
Gunakan Mesej untuk menghantar teks kepada syarikat yang menggunakan Bual Perniagaan dan mendapatkan bantuan, menjadualkan janji temu dan menyelesaikan pembelian.
![Tetingkap Mesej dengan beberapa perbualan disenaraikan dalam bar sisi di sebelah kiri dan perbualan ditunjukkan di sebelah kanan. Gelembung mesej berwarna hijau, menunjukkannya ia dihantar sebagai mesej teks SMS.](https://help.apple.com/assets/5F0661E2094622667A01B547/5F0661FA094622667A01B54F/ms_MY/0d7d3d985fb82353840202d816a8362d.png)
Teks semua rakan anda
Jika anda mempunyai iPhone, anda boleh menghantar teks SMS kepada sesiapa dengan sebarang peranti, terus daripada Mesej pada Mac anda. Apabila mereka membalas teks, anda tidak perlu bangun untuk mendapatkan iPhone anda—hanya balas pada Mac anda.
Cara untuk menyediakan iPhone anda untuk mesej teks SMS pada Mac anda
![Tetingkap Mesej dengan beberapa perbualan disenaraikan dalam bar sisi di sebelah kiri dan perbualan ditunjukkan di sebelah kanan.](https://help.apple.com/assets/5F0661E2094622667A01B547/5F0661FA094622667A01B54F/ms_MY/b57ab0a3701b07873c37fe3d2d04cce1.png)
Hantar mesej teks tanpa had
Jika rakan anda menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac, anda boleh menghantar mesej teks tanpa had kepada mereka menggunakan iMessage. Sertakan foto (termasuk Live Photos), klip audio dan sebarang jenis fail yang anda boleh bayangkan.
![Paparan Butiran, dengan butang Kongsi Skrin, Video dan Audio di penjuru kanan atas.](https://help.apple.com/assets/5F0661E2094622667A01B547/5F0661FA094622667A01B54F/ms_MY/01d496cf1ded3c206da535a170b203cc.png)
Lakukan lebih daripada sekadar teks
Jika anda terasa mahu berbual secara bersemuka dengan rakan anda, atau kongsikan skrin anda dengan orang lain, anda boleh melakukannya daripada paparan Butiran dalam perbualan.
Untuk melayari Panduan Pengguna Mesej, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.
Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan Mesej.