Sebut seseorang dalam mesej pada Mac
Anda boleh menyebut orang lain dalam perbualan untuk menarik perhatian mereka kepada mesej khusus. Bergantung pada seting, mereka dimaklumkan walaupun jika mereka mengaktifkan Sembunyikan Isyarat untuk perbualan.
Nota: Untuk menghantar sebutan, anda perlu menggunakan iMessage.
Sebut seseorang dalam perbualan
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Dalam medan di bahagian bawah tetingkap, mula menaip nama kenalan yang anda mahu sebut.
Selepas anda menaip nama orang, ia menjadi malap—kliknya, kemudian pilih nama kenalan apabila ia muncul.
Petua: Anda juga boleh menyebut kenalan dalam Mesej dengan menaip @ diikuti nama kenalan.
Setkan pemberitahuan untuk sebutan
Anda boleh menerima pemberitahuan pada bila-bila masa sesiapa menyebut anda, atau hanya apabila orang tertentu menyebut anda.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih Mesej > Seting, klik Umum, kemudian pilih (atau nyahpilih) “Maklumkan saya apabila nama saya disebut”.
Apabila pilihan ini dinyahpilih, anda mendapat pemberitahuan hanya jika anda disebut oleh seseorang yang dalam kenalan anda atau seseorang yang anda pernah menerima mesej daripadanya sebelum ini.